Merancang semakan semula dasar latihan, garis panduan, arahan pentadbiran; dasar perjanjian, ikatan kontrak berkhidmat dan dasar tuntutan ganti rugi bagi program latihan dalam perkhidmatan:
(i) Hadiah Latihan Persekutuan (HLP);
(ii) Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB); dan
(iii) Spouse Programme;
Menguruskan semakan perkara-perkara berkaitan dasar latihan dan penyelarasan maklum balas berhubung isu-isu penurunan kuasa kepada kementerian yang telah diturunkan kuasa (KPM/ KPT/ KSM/ MOSTI); dan
Melaksanakan pengurusan khidmat nasihat dan ulasan berkaitan dasar latihan dan program latihan dalam perkhidmatan.