Pembantu Tadbir (P/O)
Membantu memberi khidmat rundingan berkaitan dasar penajaan JPA kepada agensi luar bagi memastikan hanya maklumat yang tepat dan terkini dimaklumkan dengan mematuhi prinsip dasar dan operasi penajaan sedia ada.
Membantu menyelaras dan memantau hebahan/pengumuman penawaran yang dikeluarkan Kluster Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan Kluster Latihan Sebelum Perkhidmatan (LSP) bagi memastikan setiap penawaran baharu JPA disebarluas ke seluruh Kementerian /Jabatan dan saluran media sedia ada.
Membantu menyediakan Buku Laporan Pejabat PPL.