Pembantu Tadbir (P/O)
Membantu memantau dan mengumpul penghantaran laporan berkala Pejabat PPL. a. Memastikan laporan berkala diterima dengan lengkap daripada semua Pejabat PPL sebelum 5 haribulan pada setiap bulan berikutnya b. Mengumpul laporan berkala mengikut lampiran untuk dipanjangkan kepada unit-unit yang terlibat c. Mengambil tindakan susulan (sekiranya ada)
Membantu menyediakan buku laporan tahunan Pejabat PPL a. Memastikan laporan tahunan diterima daripada semua Pejabat PPL b. Mencetak dan mengedarkan laporan tahunan kepada Pengurusan Kanan BMI
Membantu menguruskan permohonan sewa pejabat PPL a. Memastikan permohonan sewa pejabat PPL diterima dengan lengkap beserta dokumen-dokumen berkaitan
Membantu menguruskan permohonan sewa rumah dan perabot untuk pegawai PPL a. Memastikan permohonan pelanjutan sewa rumah pegawai PPL diterima sebelum tarikh tamat kontrak sewaan b. Memastikan permohonan sewa rumah pegawai PPL baharu diterima selewat-lewatnya 3 bulan selepas tarikh penempatan pegawai
Membantu menguruskan pelantikan Kakitangan Ambilan Tempatan (KAT) di Pejabat PPL a. Memastikan permohonan yang dikemukakan oleh PPL lengkap b. Memastikan perbelanjaan emolumen mencukupi
Membantu menguruskan persediaan pegawai untuk penempatan a. Memaklumkan penempatan pegawai di Pejabat PPL kepada SPKM, Wisma Putra b. Mengemukakan permohonan kursus Pre-Posting pegawai kepada IDFR c. Membantu menguruskan program sangkutan pegawai di BMI d. Menguruskan pasport dan visa pegawai e. Menguruskan tiket penerbangan f. Membantu pegawai dalam urusan movers