Bertanggungjawab di dalam merancang, menyelaras, melaksana dan mengambil tindakan susulan – bergantung kepada jenis tugas yang diberikan ke atas perkara-perkara berikut:
Merancang dan melaksanakan strategi pemerkasaan imej dan identiti korporat JPA melalui program pemantapan dan penjenamaan semula:
Penerbitan video korporat
Penambahbaikan galeri
Pengemaskinian lobi
Cenderamata korporat
Bahan promosi
Slaid korporat
Pengurusan acara rasmi KPPA
Kalendar dan diari korporat
Komunikasi Intra-Organisasi
Menyelaras persiapan majlis taklimat, logistik dan aturan lawatan dari dalam dan luar negara yang datang ke Jabatan serta membantu dalam menyampaikan taklimat korporat JPA kepada pelawat;
Menyelaras kunjungan hormat pelawat dari dalam dan luar negara kepada KPPA; dan
Merancang dan melaksanakan jalinan kolaboratif strategik antara JPA bersama agensi Kerajaan dan sektor swasta melalui lawatan korporat/penanda aras ke agensi.
Menyemak dan mengemas kini isi kandungan baharu di portal Jabatan