Menerima terimaan dalam bentuk tunai / wang pos / cek / kiriman wang / pindahan telegrafik bagi bayaran pinjaman / gantirugi pelajar tajaan JPA.
Menerima bayaran secara tunai untuk permohonan passport bagi Jabatan Imigresen Malaysia.
Melayani pelanggan yang hadir ke kaunter serta menjawab panggilan telefon atas urusan pinjaman / gantirugi pelajar-pelajar tajaan JPA.
Menerima dokumen berkaitan permohonan pinjaman / biasiswa, kontrak, perjanjian dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Bahagian Pembangunan Modal Insan.
Menyediakan Laporan Harian serta penutupan akaun harian bagi urusan JPA, JPJ dan JIM.
Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.