Ketua Penolong Pengarah
a) Merancang dan melaksanakan program perkongsian ilmu, latihan luaran dan dalaman untuk kepakaran pegawai BP dan peningkatan ilmu pegawai sumber manusia agensi;
b) Merancang dan melaksanakan aktiviti program di bawah inisiatif NBOS 1Pesara Teras 1: Kesejahteraan Pesara;
c) Menjadi focal point bagi program-program turun padang atau ziarah ke rumah pesara uzur oleh Pengurusan Tertinggi JPA;
d) Menyelaras jemputan ceramah dari Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan yang berkaitan dengan hal ehwal persaraan;
e) Menyelaras jemputan ke program-program anjuran Persatuan-Persatuan Pesara Kerajaan;
f) Memantau dan menguruskan aduan, pertanyaan dan rayuan samada melalui email, surat, keratan akhbar mahupun media sosial;
g) Melaksanakan tugasan siasatan dan kuiri bagi kes-kes penerima pencen tanggungan, balu duda kahwin semula, permohonan anak kurang upaya tanggungan pesara serta kes-kes yang memerlukan siasatan dokumentasi bagi kes pemberian pencen terbitan; dan
h) Menyelaras permohonan daftar anak kurang upaya (OKU) tanggungan pesara untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Penetapan Anak Kurang Upaya Tanggungan Pesara (JKACT);