Sistem Ujian Psikometrik adalah satu bentuk sistem yang dibangunkan khas untuk kegunaan pegawai di Bahagian Pengurusan Psikologi(BPPs), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) bagi menyediakan set-set ujian Psikologi dalam pelbagai bentuk yang perlu dijawab secara elektronik oleh individu-individu tertentu, memproses jawapan-jawapan ujian tersebut dengan menghasilkan keputusan berbentuk komen atau rumusan (interpretasi) berdasarkan kaedah penganalisaan jawapan dan seterusnya menghasilkan laporan berdasarkan kriteria yang dikehendaki pengguna.
Keputusan ujian tersebut akan membantu sesebuah agensi kerajaan untuk menguruskan sumber manusia masing-masing dalam mengenal pasti kesesuaian setiap individu itu membuat pemilihan kerjaya mereka bermula dari proses pengambilan, penempatan, pembangunan kerjaya sehinggalah ke proses persaraan individu tersebut. Melalui sistem ini, proses pengenalpastian kriteria individu tersebut seterusnya penyesuaian kepada kerjaya yang dipilihnya dapat diproses dengan lebih cepat dan tepat berbanding dengan cara manual yang diamalkan sebelum ini.
Golongan sasaran yang boleh menggunakan sistem ini ialah pelajar tajaan JPA.