Penolong Pegawai Keselamatan
Memberi khidmat nasihat mengenai keselamatan perlindungan dan membantu PP(U)F2 dalam perkara berikut:
• melaksana dan menguatkuasakan sistem dan peraturan keselamatan di Blok C1, C2 dan C3;
• menguatkuasakan semua peraturan yang berkaitan dengan usaha mencegah kebakaran;
• mengeluarkan dan memantau peraturan/prosedur tertentu berkaitan dengan keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi;
• memantau jadual tugas keselamatan bagi pegawai-pegawai di JPA; dan
• melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Risiko dan Jawatankuasa Kesihatan dan Pekerjaan (JKKP) JPA.