Liyana Jalwati binti Alias

Setiausaha Pertama (Pendidikan)

Membantu PPL menguruskan aspek pembangunan dan hal ehwal kebajikan pegawai/pelajar tajaan JPA dan menguruskan aspek pentadbiran serta kewangan pejabat.

  1. Membantu PPL merancang program pembangunan dan pemantauan pelajar bagi memastikan pelajar dilengkapkan dengan nilai tambah dan softskills sekaligus menjadi graduan yang berdaya saing: a. Mengadakan sesi engagement, perkongsian nasihat dan sebagainya bersama pelajar secara berkala. b. Melaksanakan program-program khusus bersama kumpulan sasar yang berkaitan. c. Membantu dan menyokong pelaksanaan program-program anjuran pelajar / persatuan pelajar

  2. Membantu PPL memantau perkembangan dan prestasi akademik pelajar bagi memastikan pelajar memenuhi cut off point yang disyaratkan oleh JPA selaku penaja sekaligus bergraduat jaya dalam tempoh yang ditetapkan: a. Mengadakan pertemuan / perjumpaan dengan pihak universiti. b. Memantau keputusan akademik pelajar mengikut semester berdasarkan kepada ketetapan cut off point JPA dan universiti. c. Mengadakan sesi motivasi / konsultansi bersama pelajar yang dikenal pasti mempunyai masalah dalam pelajaran. d. Menyediakan analisa dan laporan prestasi akademik pelajar mengikut semester / tahun pengajian.

  3. Membantu PPL menguruskan hal ehwal kebajikan pelajar dari segi perakuan elaun, keselamatan, kesihatan dan sebagainya supaya keadaan pelajar sentiasa berada dalam keadaan baik: a. Menyediakan perakuan pembayaran kepada ibu pejabat bagi pembayaran elaun sara hidup dan elaun-elaun lain yang berkaitan. b. Membantu pelajar dalam berurusan dengan pihak berkuasa tempatan / universiti sekiranya pelajar berhadapan dengan sebarang masalah. c. Mengadakan sesi ziarah pelajar / kediaman pelajar bagi mendapatkan maklumbalas dan bertanyakan khabar pelajar. d. Menyediakan kertas-kertas pertimbangan jawatankuasa bagi kes-kes pelanjutan, penamatan dan sebagainya. e. Menguruskan penempahan dan pembelian tiket penerbangan pulang pelajar.

  4. Membantu PPL menguruskan hal yuran pengajian pelajar pada setiap semester termasuk caj insurans kesihatan universiti: a. Menyemak yuran pengajian setiap semester yang dikenakan ke atas pelajar agar hanya caj yang dibenarkan sahaja dibayar oleh JPA. b. Melaksanakan pembayaran yuran pengajian pada setiap semester dalam tempoh yang ditetapkan dan memastikan pembayaran diterima oleh pihak universiti. c. Menyediakan maklumat lejer pelajar setiap semester selepas pembayaran dilaksanakan.

  5. Membantu PPL menyelaras dan menguruskan hal ehwal pentadbiran pejabat PPL yang merangkumi aspek sumber manusia, kewangan, aset, pemfailan dan sebagainya supaya teratur dan mematuhi peraturan yang berkuatkuasa: a. Menyediakan perancangan bajet tahunan mengurus dan biasiswa serta memastikan kecekapan dan kepatuhan perbelanjaan. b. Mengawalselia aset-aset pejabat PPL agar berada dalam keadaan baik. c. Melaporkan maklumat dan perkembangan yang sewajarnya mengenai pelajar JPA kepada pengurusan Kedutaan Besar semasa Mesyuarat Ketua Jabatan dan Mesyuarat Agensi Pendidikan.

Gelaran
Emel
Liyana Jalwati binti Alias
Telefon
0082 220 778 624
Bahagian
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Cawangan
Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL)
Sektor
Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan Seoul, Korea Selatan
Profil ini telah dikunjungi sebanyak 866 sejak 18 Julai 2023