Shahril Nizam bin Idris

Kaunselor (Latihan dan Pendidikan)

  1. Mengadakan jaringan hubungan dengan semua IPT dan Institusi Latihan yang mempunyai pelajar dan pegawai tajaan JPA. Jaringan hubungan ini amat perlu dalam mempastikan supaya pelajar dan pegawai tajaan JPA mendapat tempat yang sesuai dengan kelayakan dan bidang pengajian masing-masing

  2. Menguruskan penempatan ke universiti yang diiktiraf dan yang ternama iaitu yang mempunyai rating yang tertinggi bagi pelajar dan pegawai yang melanjutkan pelajaran

  3. Membantu pelajar dan pegawai tajaan JPA dari segi kebajikan seperti menyambut kedatangan pelajar dan pegawai, membantu mencari tempat penginapan dan sebagainya

  4. Memantau prestasi kemajuan akademik pelajar dan pegawai tajaan JPA meliputi penyediaan laporan kemajuan pendidikan dan latihan serta cadangan dan perakuan

  5. Memberi khidmat nasihat atau kaunseling kepada palajar dan pegawai yang sedang melanjutkan pelajaran

  6. Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala peruntukan yang disediakan oleh ibu pejabat mengikut tatacara kewangan dan perbelanjaan yang berhemah serta memberi pulangan yang optimum kepada ‘stakeholders’ dan pelanggan

  7. Menyemak dan mengesahkan tuntutan daripada pelajar dan pegawai tajaan JPA serta membuat bayaran

  8. Mempastikan IPT mengemukakan inbois yuran pengajian dalam waktu yang ditetapkan supaya bayaran dapat dibuat dengan segera

  9. Menganjurkan lawatan dan perjumpaan ke penempatan pelajar supaya mengeratkan hubungan dengan penaja dengan pelajar dan pegawai tajaan

  10. Mengenalpasti kursus dan institusi yang sesuai diberi penilaian dan pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia supaya penilaian dapat dibuat untuk tujuan pengiktirafan

  11. Mengenalpasti sebarang perubahan trend dalam sektor pendidikan di negara berkenaan serta perubahan dalam program yang telah diiktiraf supaya kajian semula pengiktirafan dapat dilaksanakan

Gelaran
Emel
Shahril Nizam bin Idris
Telefon
0082220778621
Bahagian
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Cawangan
Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL)
Sektor
Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan Seoul, Korea Selatan
Profil ini telah dikunjungi sebanyak 6.6K sejak 21 Februari 2018